Seramai 629 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan dalam pelbagai bidang akan menerima diploma dan sijil, manakala Anugerah Khas – Pingat Emas Menteri telah dianugerahkan kepada graduan di dalam majlis ini selain 7 lagi Anugerah Khas yang lain.
Bagi sub sektor perikanan seramai 20 orang graduan sijil perikanan telah menamatkan pengajian di Akademi Perikanan Malaysia dengan Jayanya.
Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir sama dalam majlis ini, YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, dan Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan. Anugerah Khas Ketua Pengarah Perikanan Tahun 2022 (Nur Hayani binti Roslan).
