Pilih satu Halaman

Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI Peringkat Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan

Utama » Aktiviti » Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI Peringkat Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan

13 Disember 2024

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyempurnakan Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI KPKM di Lobi Utama, Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini.

Beliau berkata, pihak KPKM akan membantu mangsa banjir melalui tiga skim bantuan iaitu tabung bencana tanaman padi, tabung bencana pertanian dan skim takaful tanaman padi dibawah AGROBANK.

Selain itu, Pelancaran skuad ihsan madani KPKM ini juga merupakan salah satu bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di daerah yang terjejas terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.

Hadir sama YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah KPKM serta pegawai-pegawai kanan dan warga KPKM.