Pilih satu Halaman

Majlis Aspresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2025

Utama » Aktiviti » Majlis Aspresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2025

16 Mei 2025

YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Majlis Aspresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2025 di Sama-Sama KLIA Hotel, Sepang.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 187 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2024 atas komitmen mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dan 51 pesara serta bakal pesara tahun 2025 yang telah mencurahkan bakti serta sumbangan kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Turut hadir dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan bersama Pengarah-pengarah bahagian dan Pengarah Perikanan Negeri.

Sekalung tahniah kepada penerima APC dan selamat bersara kepada yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.