Pilih satu Halaman

Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024

Utama » Aktiviti » Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024

6 Ogos 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024 yang berlangsung di Hotel Sama Sama, KLIA.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 190 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023 dan 56 pesara serta bakal pesara tahun 2024 yang telah mencurahkan bakti serta sumbangan kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Turut hadir sama dalam majlis ini YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan bersama Pengarah-pengarah bahagian dan Pengarah Perikanan Negeri.

Sekalung tahniah kepada penerima APC dan selamat bersara kepada yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.