Pilih satu Halaman

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Utama » Aktiviti » Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

16 Januari 2025

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 yang bertemakan “Memacu Reformasi, Mengukuh Keterjaminan Makanan Negara”, oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama warga KPKM di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Wisma Tani, Putrajaya.

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KPKM yang memberi kerjasama dalam mencapai kejayaan sepanjang tahun 2024, termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang membantu mengukuhkan sektor pertanian negara.

Antara pencapaian utama yang dibangkitkan ialah dalam industri akuakultur yang mencatatkan 91.76% pengeluaran daripada sasaran 500 ribu tan metrik, dengan pengeluaran benih tempatan mencapai 110% daripada sasaran. YB Menteri menggariskan dua tumpuan utama pada tahun ini iaitu Reformasi Industri Padi Beras dan Pembangunan Sektor Ruminan.

Beliau turut menyeru seluruh warga kementerian supaya terus mengamalkan prinsip integriti, kejujuran dan kerja berpasukan dalam melaksanakan amanah agar sektor pertanian negara dapat melangkah ke hadapan dengan lebih mampan dan berdaya saing.

Turut hadir ke Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan dan Pegawai-Pegawai Kanan KPKM, jabatan dan agensi.