Pilih satu Halaman

Majlis Amanat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Utama » Aktiviti » Majlis Amanat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

16 Januari 2024

Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama warga KPKM di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Wisma Tani, Putrajaya.

Datuk Seri Mohamad bin Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KPKM yang memberi kerjasama mengharungi tahun 2023 serta komited dalam melaksanakan dasar KPKM iaitu 5 hala tuju KPKM yang digariskan pada tahun 2023, malah dasar ini akan diteruskan pada tahun 2024 dengan melihat semula penetapan sasaran dan strategi jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.

Antara sasaran Pemerkasaan Industri Akuakultur di dalam 5 Hala Tuju KPKM pada tahun 2024 adalah pengeluaran akuakultur sebanyak 500 ribu tan metrik berbanding dengan sasaran pada tahun 2023 sebanyak 480 ribu tan metrik yang telah dicapai melebih sasaran dengan sebanyak 493 ribu tan metrik yang bernilai RM3.9 bilion.

Turut hadir ke Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, Pengarah – Pengarah Kanan, Pengarah – Pengarah Bahagian serta Pegawai – Pegawai Perikanan dan warga KPKM.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia