Pilih satu Halaman

#Maha2024 Perasmian 100 Tahun Maha 2024

Utama » Aktiviti » #Maha2024 Perasmian 100 Tahun Maha 2024

14 September 2024

MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan, mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.

Tema MAHA “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, mencerminkan aspirasi untuk menuai kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang kita terokai pada hari ini. Tema ini menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan keterjaminan makanan untuk negara.

Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Dewan D, MAEPS, Serdang.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan, YBrs Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.