YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima lawatan YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPKM ke Laman Agrofood Perikanan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024.
YBhg. Datuk Azah Hanim Binti Ahmad telah meluangkan masa melawat Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai dan Galeri Dunia Samudera. Beliau turut diberi penerangan tentang spesies ikan larangan dan taman laut di Malaysia oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.