Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat mencemar duli ke Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 diiringi YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Exco Kanan Negeri Sembilan, YBhg Datuk Mohd. Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
DYMM Yang Di-Pertuan Besar telah mencemar duli ke Galeri Akuakultur, seterusnya melihat keunikan ikan air tawar di Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai dan akhir sekali ke Galeri Dunia Samudera.
Turut serta dalam lawatan ini YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad,Timbalan Ketua Setiausaha Dasar(KPKM).
Seluruh Warga Jabatan Perikanan Malaysia menjunjung kasih kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar telah mencemar duli di Laman Agrofood Perikanan.