Pilih satu Halaman

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Bin Mohd ke Fisheries Research Institute Langkawi (FRI Langkawi).

Utama » Aktiviti » Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Bin Mohd ke Fisheries Research Institute Langkawi (FRI Langkawi).

10 September 2021

Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Bin Mohd diteruskan lagi ke Fisheries Research Institute Langkawi (FRI Langkawi) bagi melihat fungsi dan tujuan ditubuhkan.

FRI Langkawi telah ditubuhkan pada 20 April 2015 bertujuan menyokong industri akuakultur negara dalam memfokuskan kepada penyelidikan marikultur sumber makanan baharu iaitu dari spesies gamat dan rumpai laut.

Aktiviti penyelidikan di FRI Langkawi ini tertumpu kepada pembangunan benih rumpai laut dari spesies Kappaphycus sp., tanaman aggur laut (laktut) dari spesies Caulerpa sp dan juga pembenihan gamat trepang dari spesies Holothuria scabra.

Hasil penyelidikan telah berjaya membangunkan kaedah penghasilan benih Kappaphycus sp secara kultur tisu, kaedah penanaman anggur laut di kolam dan juga kaedah bagi aruhan pembenihan gamat trepang dalam sistem hatcheri.

Turut hadir sama Puan Habshah Binti Ali Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, En. Ahmad Tarmidzi Bin Ramly AMK Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, dan Sukri Bin Deris, Pengarah Perikanan Negeri Kedah.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan