YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia meninjau kerja-kerja persiapan di tapak lokasi Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2024 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Penerangan status semasa persiapan laman perikanan telah disampaikan oleh Encik Nummeran bin Mohd Nordin, Ketua Cawangan Promosi dan Informasi, Bahagian Pengembangan Perikanan.
Antara tempat yang dilawat Galeri Akuakultur, Galeri Dunia Santuari Ikan Sungai, Galeri Konservasi dan Perikanan Tangkapan, Galeri Dunia Sains, Kolam Udang, dan Sangkar ikan.
Hadir sama, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.