Pilih satu Halaman

Lawatan Korporat Jabatan Perikanan Malaysia ke Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

Utama » Aktiviti » Lawatan Korporat Jabatan Perikanan Malaysia ke Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

29 Februari 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia yang mengetuai delegasi Jabatan Perikanan Malaysia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Simon Foong CEO Aquawalk Sdn. Bhd.

Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik antara Jabatan Perikanan Malaysia bersama Aquawalk Sdn. Bhd.

Dalam pertemuan ini, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain telah diberikan penerangan tentang bidang kerjasama antara jabatan dengan Aquawalk Sdn. Bhd. antaranya penyelidikan, pemuliharaan dan pembiakan melibatkan spesies haiwan akuatik dan spesimen, rawatan dan pemulihan spesies haiwan akuatik terancam, dan pembangunan modal insan.

Turut hadir sama YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, Pengarah-pengarah Bahagian dan pegawai perikanan.