Pilih satu Halaman

Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

Utama » Aktiviti » Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

14 November 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ke Pusat Ikan Hiasan.

Lawatan ini bersempena Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Hadir sama ke majlis, En. Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Pusat Ikan Hiasan Port Dickson serta kakitangan jabatan.