Pilih satu Halaman

Lawatan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Ternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar Pulau Tiga Kanan, Perak Tengah.

Utama » Aktiviti » Lawatan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Ternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar Pulau Tiga Kanan, Perak Tengah.

23 Oktober 2021

Selaras dengan matlamat Jabatan untuk meningkatkan produktiviti dan pengeluaran akuakultur, beberapa projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar telah diwujudkan dibawah inisiatif National Key Economy Area NKEA di kawasan-kawasan perairan yang berpotensi. Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar di Pulau Tiga Kanan ini bermula pada tahun 2015 dan bermula dengan 8 petak sangkar jenis Galvanised Iron (G.I) bersaiz 3 m (P) X 4 m (L) X 1.5 m (D) seluas 96m. Pihak kerajaan melalui Jabatan Perikanan telah menyalurkan sejumlah RM330,000.00 peruntukan bagi tujuan pembinaan sangkar, rumah sangkar dan input makanan ikan dan benih. Spesis utama yang diternak adalah dari jenis ikan tilapia merah. Pada tahun 2020 tambahan sebanyak 24 petak sangkar diberikan melalui peruntukan sejumlah RM 376,097.28 dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32 petak sangkar dengan keluasan 384m². Sangkar ternakan ini dioperasikan oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan diketuai oleh En. Zakaria Bin Mohamed Ji. Status tanah tempat sangkar ini dioperasikan adalah milik kerajaan negeri Perak dan permohonan TOL telah dibuat oleh peserta. Pada tahun 2020 sebanyak 3.21 mt pengeluaran ikan telah dicatatkan manakala peningkatan pengeluaran telah dicatatkan pada tahun 2021 sehingga bulan September iaitu sebanyak 11.597 mt ikan tilapia merah telah dikeluarkan. Pasaran bagi ikan yang dikeluarkan adalah tertumpu kepada pasaran domestik di sekitar dalam negeri Perak dengan penumpuan utaman adalah bekalan kepada restoran tempatan.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan