YBHg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Informasi Penyu yang telah dibangunkan oleh Awana Kijal Golf & Spa Resort.
Pihak Awana Kijal telah membangunkan pusat informasi penyu dan juga pusat hatcheri penyu dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia. Pihak Awana Kijal turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendapatkan input informasi penyu dan cara untuk menguruskan pusat hatcheri serta proses penetasan anak penyu seterusnya program pelepasan anak penyu ke laut.
Spesies penyu yang temui di sini kebanyakannya ialah penyu agar dan penyu karah. Semasa musim bertelur, ibu penyu akan datang ke darat untuk menggali lubang di pasir dan bertelur. Sejumlah 80 hingga 120 biji telur sering bertelur di sekitar pantai sekitar Awana Kijal. Sehubungan itu, diharapkan kerjasama erat antara Jabatan ini dan Awana Kijal dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Abd Halim bin Mat Noor, Ketua Daerah Perikanan Kemaman dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri.