YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Zainuddin bin Abd Wahab, Pengarah Perikanan Negeri Johor membuat lawatan ke Pangkalan Perlindungan Sumber Sedili, Kota Tinggi, Johor bagi menyampaikan sumbangan kepada kru bot peronda PL87 yang hanyut semasa membuat rondaan di sekitar perairan Kota Tinggi, Johor pada 28 Februari 2023 lepas dan kakitangan yang terlibat dengan banjir sambil membuat tinjauan ke atas pangkalan yang baharu dinaik taraf.
