Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja YBhg Datuk Lokman Hakim Bin Ali ke Projek Perkampungan Al-Hijrah dan Projek Ternakan Ikan Tilapia Merah

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja YBhg Datuk Lokman Hakim Bin Ali ke Projek Perkampungan Al-Hijrah dan Projek Ternakan Ikan Tilapia Merah

5 Disember 2023

YBhg Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, telah menghadiri lawatan kerja ke Projek Perkampungan Al-Hijrah di Jalan Pantai-Lenggeng, Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan ini turut disambut oleh Ustazah Asma’ binti Harun, Pengasas Yayasan Al-Hijrah; Ustaz Tengku Fazli bin Tengku Yahya, Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Hijrah; dan Ustaz Hazmi bin Hanipa, Pengerusi Yayasan Al-Hijrah.

Turut hadir dalam lawatan ini, YBhg Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia; YBhg. Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia; dan YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Jabatan Perikanan Malaysia, En. Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Puan Nur Hidaya Dmuliany Binti Mohd Sidek, Ketua Cawangan Akuakultur dan Pengembangan, Puan Ruzaini Binti Md Radzi, Ketua Daerah Perikanan Seremban serta agensi-agensi dibawah KPKM.

Dalam lawatan ini, YBhg Datuk KSU telah diberi penerangan oleh Pengasas Yayasan Al Hijrah berkenaan perancangan pembangunan Perkampungan Al-Hijrah di atas tanah seluas 42 ekar di Mukim Pantai Seremban yang berkonsepkan gabungan unsur-unsur keagamaan dan prasarana agro, serta diterapkan elemen-elemen pendidikan, dakwah dan kebajikan. Dalam konteks Industri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, syarikat berhasrat untuk mewujudkan suatu pusat Agropelancongan Islamik yang merangkumi pembangunan industri pertanian, penternakan, pendidikan, rekreasi serta pembangunan modal insan.

Lawatan seterusnya dibawa ke Projek Ternakan Ikan Tilapia Merah milik syarikat yang mula dibangunkan pada 5 Disember 2022 melibatkan 5 buah kolam berkeluasan keseluruhan 2 ekar serta telah mengeluarkan hasil sebanyak 700 kg dengan nilai RM 9,800 serta memperolehi permintaan yang tinggi di pasaran tempatan.

DOF Malaysia berharap agar projek ini dapat direalisasikan mengikut perancangan yang telah ditetapkan selaras dengan hasrat Jabatan untuk meningkatkan produktiviti akuakultur berasaskan protein ke arah keselamatan dan keterjaminan makanan.