Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ybhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Projek Ternakan Ikan Sangkar Air Tawar Sungai Terengganu.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ybhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Projek Ternakan Ikan Sangkar Air Tawar Sungai Terengganu.

27 Februari 2024

27 Februari 2024 I Kuala Terengganu

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Sangkar Air Tawar di Kampung Beladau Kepong, Kuala Terengganu.

Seramai 27 orang pengusaha ternakan ikan air tawar melibatkan 493 unit sangkar dengan keluasan 1.7332 Hektar di kawasan tersebut. Antara spesies ikan yang diternak adalah tilapia, baung, patin dan keli. Pengeluaran ikan di kawasan tersebut pada tahun 2023 adalah sebanyak 281.92 tan metrik yang bernilai RM3.187 juta.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia turut beramah mesra bersama pengusaha-pengusaha akuakultur di kawasan tersebut untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat bagi memajukan lagi industri akuakultur di kawasan tersebut.

Turut hadir sama pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu ketika lawatan tersebut.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia