Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja YAB Hj Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, Melabuh Tukun Tiruan Perairan Pulau Segantang, Kedah.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja YAB Hj Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, Melabuh Tukun Tiruan Perairan Pulau Segantang, Kedah.

13 September 2021

hadir sama Timbalan Pengarah Sektoral Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, En Faizal Rizal Bin Mohamad, Pengarah Perikanan Negeri Kedah, En.Sukri bin Deris, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Y.Brs Tuan Haji Halim bin Marzuki, dan Y.Brs Ketua Cawangan Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber, En Zaki bin Mokri,.Sebanyak 17 unit tukun tiruan konservasi telah dilabuhkan berhampiran Pulau Segantang yang merupakan salah sebuah pulau di kawasan Taman Laut Pulau Payar, Kedah.Berdasarkan kajian Jabatan ke atas 83 tapak tukun tiruan di seluruh negara mendapati terdapat antara 129 hingga 6,057kg biomass ikan direkodkan dengan nilai sumber tertinggi dianggarkan berjumlah RM 84,759.60.Di antara tahun 2006-2010 Jabatan Perikanan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM2,993,930 bagi membina 11 tapak tukun konkrit bersaiz besar di Kedah.Tukun-tukun tiruan yang dilabuhkan ini secara langsung turut menyumbang kepada peningkatan pendaratan ikan di Negeri Kedah di Negeri Kedah daripada 63,703 tan metrik pada tahun 2005 kepada 83,035 tan metrik pada tahun 2011.Tukun yang dilabuhkan ini akan memberi manfaat kepada 10,981 orang nelayan melalui kesan limpahan ikan(spill over effect).

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan