Pilih satu Halaman

Lawatan kerja Timbalan Menteri I MAFI, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah ke kawasan penternak akuakultur – sangkar ikan air tawar yang mengalami kerugian akibat bencana banjir di Temerloh, Pahang.

Utama » Aktiviti » Lawatan kerja Timbalan Menteri I MAFI, YB Datuk Seri Ahmad Bin Hamzah ke kawasan penternak akuakultur – sangkar ikan air tawar yang mengalami kerugian akibat bencana banjir di Temerloh, Pahang.

12 Januari 2022

Dalam sesi tersebut, YBTM 1 telah bertemu 30 penternak akuakultur yang terjejas bagi menilai bantuan bencana melalui tabung bencana banjir. Di Temerloh, mencatatkan seramai 98 penternak akuakultur yang terdiri daripada 80 penternak sangkar, 11 penternak kolam, 3 estet ikan dan 2 hatcheri dan tangki. Secara keseluruhan sebanyak 490 sangkar dan kolam yang terjejas dengan kerugian bernilai RM8,624,460. Menurut laporan terkini, kerugian yang dialami oleh penternak akuakultur terdiri daripada sangkar hanyut dan rosak, stor terapung rosak serta kematian dan ikan ternakan terlepas. Daerah Temerloh, menyumbang produktiviti sebanyak 97 peratus pengeluaran akuakultur dengan pecahan pengeluaran ikan patin 51 peratus dan 25 peratus ikan tilapia merah. Turut hadir sama, Ahli Parlimen Temerloh, ADUN Jenderak, Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Encik Abdullah Jaafar dan Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Dato’ Haji Azahari Bin Haji Othman.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan