Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ke Semporna.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ke Semporna.

10 Mac 2024

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke projek penanaman rumpai laut di Semporna yang bertujuan untuk melihat salah satu penyumbang industri akuakultur perikanan negara.

Negeri Sabah merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran rumpai laut negara melalui aktiviti akuakultur. Spesies utama yang diternak di perairan negeri ini ialah Kappaphycus dan Eucheuma.

Rumpai laut negeri Sabah telah menyumbang kira-kira 54% daripada pengeluaran akuakultur nasional di mana pada tahun 2023 pengeluaran rumpai laut di negeri ini dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta.

Turut hadir sama, YBhg Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, YBrs Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) serta pegawai-pegawai perikanan dan delegasi KPKM.