Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Ke Pusat Taman Laut Pulau Redang

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Ke Pusat Taman Laut Pulau Redang

30 Ogos 2024

YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Taman Laut Pulau Redang bagi meninjau fasiliti terkini dan sistem pengurusan pusat tersebut.

Dalam lawatan ini, beliau telah diberi taklimat berkenaan pengurusan kawasan perlindungan marin oleh Yang Mulia Tengku Balkis binti Tengku Abdul Rashid, Ketua Cawangan Pengurusan Taman Laut dan Perlindungan Marin. Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan

Turut hadir sama dalam lawatan ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.