Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan (MAFI) Sempena Program MAFI Prihatin dan ke Santuari Ikan Air Tawar, Timah Tasoh di Beseri, Perlis.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan (MAFI) Sempena Program MAFI Prihatin dan ke Santuari Ikan Air Tawar, Timah Tasoh di Beseri, Perlis.

11 September 2021

Sebanyak 126 bakul makanan diserahkan kepada kumpulan sasar dan 20 lagi kepada frontliners di Sekatan Jalan Raya (SJR) Pauh. Bakul makanan ini terdiri daripada produk makanan seperti beras, minyak masak, tepung, biskut, gula dan lain-lain bagi kegunaan penerima.

Program MAFI Prihatin merupakan inisiatif Kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaya (DOF) bagi membantu mereka yang memerlukan pada ketika ini.

Bakul makanan ini diserahkan oleh Ybrs. En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly A.M.K. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Seterusnya program diteruskan bersama lawatan kerja Ybhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI ke Santuari Ikan Air Tawar, Timah Tasoh di Beseri.

Hadir sama di dalam lawatan ini adalah Puan Habshah binti All, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly A.M.K. Ketua Pengarah Perikanan dan Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Pengarah Perikanan Negeri Perlis.

Seramai 47 nelayan darat yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan Di Empangan Timah Tasoh.

Dari jumlah tersebut, hanya 26 orang nelayan Darat yang layak menerima bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) sebanyak RM 250/sebulan.

Secara keseluruhan, terdapat 4 myKP di Perlis yang berdaftar dengan ahli seramai 150 orang myKomuniti Perikanan (myKP) bagi Timah Tasoh, Kurung Tengar dan Kuala Sanglang telah ditubuhkan pada 2018 dengan jumlah ahli 119 oran.

Manakala myKP Kuala Perlis yang baru ditubuhkan pada tahun 2021 mempunyai seramai 32 ahli.

Aktiviti yang dijalankan oleh myKP Timah Tasoh adalah seperti jualan ikan segar, Santuari Ikan Air Tawar, perkhidmatan bot pelancong mengelilingi Tasik Timah Tasoh, gerai jualan, Projek Pemprosesan Ikan Pekasam dan Projek Pembenihan Ikan Puyu.

Seramai 43 orang ahli myKP terlibat dengan program yang dijalankan di komuniti tersebut.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan