Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia ke Sarawak

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia ke Sarawak

Lawatan kerja rasmi Ybrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia ke Sarawak, telah melibatkan beberapa lokasi utama, termasuk Perikanan Wilayah Santubong dan Pangkalan Utama MCS, Santubong. Ketibaannya disambut oleh Encik Jakson Clive Jusak, Ketua Pusat Biosekuriti Sarawak, Encik Buniamin Bin Kiprawi, Ketua Wilayah Perikanan 1, Santubong, dan kakitangan Jabatan Perikanan Laut Sarawak.

Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan untuk bertemu dengan kakitangan, menyampaikan amanat, dan memberikan nasihat mengenai pelbagai isu berkaitan perikanan. Semasa perjumpaan tersebut, beliau menekankan kepentingan disiplin diri yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota, serta kesungguhan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Beberapa perkara yang dibangkitkan semasa perjumpaan tersebut telah menarik perhatian beliau, terutamanya memandangkan Sarawak merupakan wilayah yang melibatkan bajet operasi yang besar bagi Jabatan Perikanan. Sebelum melawat tempat-tempat lain, beliau turut melawat bot rondaan laju Jabatan Perikanan Laut Sarawak dengan menjejak sungai Santubong.