Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Zon Industri Akuakultur (ZIA) Danau To’ Uban.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Zon Industri Akuakultur (ZIA) Danau To’ Uban.

19 Februari 2024

19 Februari 2024 | Pasir Mas, Kelantan

Projek ternakan ikan dalam sistem sangkar terapung di Danau To’ Uban, Pasir Mas bermula pada tahun 2010 dengan spesies yang diternak ialah Keli, Patin dan Tilapia. Sehingga 2023 terdapat seramai 79 orang penternak dari penduduk sekitar yang berdaftar dengan pihak jabatan.

Projek ternakan ikan di Danau To ‘Uban diusahakan di 3 lokasi iaitu Jeti Danau To Uban, Rong Chenok dan Sungai Rasal.

Pengeluaran ikan akuakultur di Danau To Uban pada tahun 2022 sebanyak 157 tan metrik dengan nilai sebanyak RM0.928 juta. Jumlah pengeluaran pada 2023 adalah sebanyak 192 tan metrik.

Pada hari ini YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) telah melawat ke Projek Ternakan di Rong Chenok yang mempunyai 15 orang penternak dan 112 petak sangkar termasuk 40 petak sangkar besi galvanized yang diberi pinjaman oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia. Projek di sini juga telah menerima bantuan di bawah Sinergi Industri Akuakultur Tahun 2021 daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Turut hadir sama dalam lawatan ini Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia