Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Projek myKomuniti Perikanan (myKP) di Kuala Krai.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Projek myKomuniti Perikanan (myKP) di Kuala Krai.

20 Februari 2024

20 Februari 2024 | Dabong, Kelantan

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng menaiki bot di myKP Kuala Gris untuk menyusuri sungai dan melihat aktiviti perikanan darat di sungai galas. myKP Kuala Gris terdiri daripada 20 orang nelayan darat dan pengerusi myKP Kuala Gris, En. Roslan bin Hassan.

Turut diadakan program pelepasan ikan sebanyak 10,000 ekor Ikan baung & 5,000 ekor Lampam Sungai dilepaskan di sungai ini.

Seterusnya, beliau dibawa melawat ke myKP Dabong yang disambut oleh pengerusi myKP En. Basri bin Mahmud.

myKP Dabong telah ditubuhkan pada tahun 2019 yang mempunyai seramai 15 orang ahli myKP (Nelayan Darat).

myKP ini mempunyai 3 projek yang aktif dijalankan iaitu bengkel pembuatan bot gentian kaca (Fiberglass), sangkar ikan dan pusat pemasaran dan pengumpulan produk perikanan.

Selain itu, myKP ini juga menerima bantuan Dana Jaminan Makanan (DJM) 2021 dan bantuan SPeKs Pengembangan Perikanan 2023 dari Jabatan Perikanan Malaysia.

Turut hadir sama dalam lawatan ini Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia