Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Projek myAgropreneur Perikanan (myAP) Pemprosesan Sate Ikan (Lokcing).

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Projek myAgropreneur Perikanan (myAP) Pemprosesan Sate Ikan (Lokcing).

19 Februari 2024

19 Februari 2024 | Rantau Panjang, Kelantan

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) telah diberikan taklimat oleh En. Muhammad Kamarul Zaman bin Mat Asid usahawan bimbangan jabatan dalam program myAgropreneur Perikanan (myAP).

En. Muhammad telah mengusahakan kilang sate ikan (lokcing) secara komersil bermula bulan 1 Januari 2008 yang dikenali sebagai Agro Guchil Enterprise. Perniagaan syarikat ini beroperasi sebagai pusat pemprosesan dan pembuatan makan berasaskan ikan. Pada tahun ini, syarikat telah menerima bantuan SPeks Pengembangan Perikanan 2024 daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Turut hadir sama dalam lawatan ini Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia