Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Pejabat Perikanan Daerah Jeli.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) ke Pejabat Perikanan Daerah Jeli.

20 Februari 2024

20 Februari 2024 | Jeli, Kelantan

Pejabat Perikanan Daerah Jeli antara salah satu Pejabat Perikanan Daerah di Negeri Kelantan.

Pada tahun 2023 pengeluaran ikan akuakultur di daerah jeli ialah 194.47 MT. Peningkatan pengeluaran adalah sebanyak 22.45 MT berbanding pengeluaran pada tahun 2022 iaitu 172.02 MT.

Bilangan Nelayan Darat di daerah ini seramai 6 orang yang mana kesemua mereka terdiri dari nelayan yang mendapat bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND). Manakala, seramai 60 orang bilangan penternak akuakultur berdaftar di daerah Jeli pada tahun 2024.

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) telah diberikan taklimat oleh Puan Suriati Ketua Perikanan Daerah tentang industri perikanan didaerah ini.

Turut hadir sama dalam lawatan ini Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia