Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Projek Kapal Latihan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN)

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Projek Kapal Latihan Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN)

9 Mac 2025

YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan Lawatan Kerja dan dan mempengerusikan mesyuarat pemantauan bagi Projek Perkhidmatan Merekabentuk, Membina, Menguji dan Mentauliah Kapal Latihan untuk Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) di MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd., Kuala Terengganu.

Lawatan kerja dan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk memantau status pelaksanaan projek sedia ada dan membincangkan isu-isu yang berbangkit semasa projek ini berjalan.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain l, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Pn. Hizatul Haliza Binti Hashim, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian KPKM, Puan Misjijah binti Marul, Setiausaha Bahagian Kewangan KPKM, Puan Norul Fahiezah binti Salehuddin, Pengarah Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (KPSN) dan pegawai-pegawai kanan dari KPKM dan Jabatan Perikanan Malaysia.\