Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly AMK ke Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Paya Pagar, Bera, Pahang.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly AMK ke Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Paya Pagar, Bera, Pahang.

9 Oktober 2021

Kluster ternakan ikan dalam sangkar ini diketuai oleh En. Johar Baharuddin Bin Sulaiman yang mempunyai ahli seramai 26 orang terdiri daripada orang tempatan. Pada tahun 2013, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan bantuan peralatan Akuakultur dalam bentuk 12 set sangkar lengkap (Sangkar GI), makanan ikan dan juga benih ikan telah diserahkan. Sehingga kini, di atas inisiatif sendiri, Persatuan Penternak Ikan Sangkar (PPIS) telah berkembang sehingga mempunyai 192 unit sangkar yang menternak ikan patin dan tilapia. Pada tahun 2021 hingga bulan September, PPIS telah mencatatkan nilai jualan berjumlah RM840,489.00.Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Paya Pagar juga telah berjaya memperoleh sijil myGAP. Di kesempatan ini, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyampaikan sendiri sijil myGAP kepada Persatuan Penternak Ikan Sangkar.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan