Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly AMK ke Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Pangsenam, Temerloh, Pahang.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly AMK ke Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Pangsenam, Temerloh, Pahang.

9 Oktober 2021

Kluster ternakan ikan dalam sangkar ini diketuai oleh En. Mohd Zakran B Yahya yang mempunyai ahli seramai 3 orang terdiri daripada orang tempatan. Pada tahun 2015, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyediakan bantuan peralatan Akuakultur dalam bentuk 12 set sangkar lengkap (Sangkar GI), jeti, makanan ikan dan juga benih ikan telah diserahkan. Sehingga kini, di atas inisiatif sendiri, pengusaha kluster telah berkembang sehingga mempunyai 34 unit sangkar yang menternak ikan patin dan tilapia. Pada tahun 2021 hingga bulan September, Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Pangsenam telah mencatatkan nilai jualan berjumlah RM49,920.00Kluster SME Ternakan Ikan Dalam Sangkar Pangsenam juga telah berjaya memperoleh sijil myGAP. Di kesempatan ini, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyampaikan sendiri sijil myGAP kepada pengusaha kluster.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan