Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Wee Fishery Farm yang terletak di Kg. Pasir Gogok, Kota Tinggi Johor. Wee Fishery Farm yang diusahakan oleh En Liew Ni Wee menjalankan aktiviti pembiakan dan pembenihan ikan marin seperti Siakap, Merah dan Giant Trevally. Jumlah pengeluaran telur ikan marin yang dihasilkan pada tahun 2024 sebanyak 954 juta biji telur yang mendapat permintaan daripada nurseri ikan marin daripada dalam dan juga luar Johor.
Wee Fishery Farm juga mengusahakan sangkar ikan marin yang berkeluasan 3200 meter persegi yang digunakan untuk ternakan ikan marin spesis jenahak, merah dan kerapu serta untuk menyimpan induk-induk ikan marin yang digunakan untuk tujuan pembenihan. Proses pembenihan dilaksanakan di sangkar dan telur-telur dihasilkan akan dipindahkan ke premis di darat untuk diasuh sementara dibekalkan.
Turut mengiringi lawatan ini ialah Puan Noor Hasmayana binti Yahya Ketua Cawangan Akuakultur Marin, Bahagian Akuakultur Ibu Pejabat Perikanan Putrjaya serta pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Johor.