YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan ke Setiu Wetlands yang diuruskan oleh Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu. Lawatan beliau disambut oleh YM Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.
Tujuan lawatan kerja ini adalah bagi melihat pengoperasian dan pengurusan Setiu Wetlands. Tanah bencah Setiu Wetlands merupakan tanah yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu seluas 23,000 hektar dan terdapat 406 spesies flora, 100 spesies bakau, 10 ekosistem, 216 spesies burung, 117 spesies ikan dan 61 spesies mamalia.
Dalam lawatan ini, beliau juga diberi kesempatan untuk menanam pokok rhu sebagai tanda kenangan lawatan beliau.
Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.