Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Projek myAgropreneur Perikanan (myAP) Pemprosesan Isi Ikan ( Otoshimi).

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Projek myAgropreneur Perikanan (myAP) Pemprosesan Isi Ikan ( Otoshimi).

18 Februari 2024

18 Februari 2024 | Pasir Puteh, Kelantan

Projek ini di usahakan oleh En Aliza bin Aksah sejak tahun 2005 sehingga kini. Projek ini telah menerima bantuan daripada Jabatan Perikanan Malaysia pada tahun 2021 iaitu Peruntukan Program Peningkatan Pengeluaran melalui Pemindahan Teknologi dan Produktiviti. Pengusaha juga membuat asuhan kerapu hibrid untuk ternakan sangkar di Laguna Semerak.

Turut hadir sama dalam program ini YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), En. Nazri bin Ishak Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, En. Ruzaidi bin Mamat Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia