Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Kaunter Kutipan di Taman Laut, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Kaunter Kutipan di Taman Laut, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu

27 Julai 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan ke Kaunter Kutipan Fi Taman Laut, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dan Merang, Setiu bagi meninjau pengoperasian dan pengurusan sistem penjualan tiket fi yang diuruskan oleh Pegawai Perikanan bagi memastikan pengurusan penjualan tiket di jeti sentiasa teratur dan terkawal.

Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Puan Norlizawati binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.