Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Borneo Empurau Farm & Resort

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Borneo Empurau Farm & Resort

3 Mei 2025

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain telah mengadakan lawatan kerja ke Borneo Empurau Farm & Resort — pusat akuakultur dan agro-pelancongan berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Serian.

Disambut oleh pemilik, YBhg. Dato’ Dr. Yong Fook Heng & YBhg. Datin Alice, lawatan ini meliputi:
🐟 Sistem akuaponik ikan empurau
🐾 Mini Zoo interaktif

Borneo Empurau Farm yang diasaskan sejak 2015 kini dikenali sebagai pengeluar benih empurau berkualiti tinggi, lengkap dengan pensijilan MyGAP & HACCP, serta menjadi pembekal utama ke restoran-restoran di Sarawak.

Turut hadir, YBrs. En. Abdul Rahman bin Abdul Wahab, Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat dan negeri.