Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan ke Projek Ternakan Ikan Sangkar GST Group

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan ke Projek Ternakan Ikan Sangkar GST Group

9 Jun 2025

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Penternakan Ikan Sangkar milik Dato’ Goh Cheng Liang, yang diusahakan melalui Oceanic Aquaculture Venture Sdn. Bhd terletak di Pulau Jerejak.

Projek ini telah beroperasi sejak tahun 2013 dan kini mengusahakan lebih daripada 320 sangkar, dengan fokus kepada ternakan ikan siakap, kerapu dan bawal. Syarikat ini diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta memiliki Sijil Kualiti Ikan (FQC), dan sedang dalam proses memperoleh pensijilan ASC (Aquaculture Stewardship Council) bersama WWF.

Dalam lawatan ini, Ketua Pengarah Perikanan turut menekankan kepentingan projek akuakultur yang mengambil kira aspek sosioekonomi, kemudahan infrastruktur dan akses pasaran, seiring dengan usaha memajukan industri akuakultur negara.

Turut hadir Puan Zarina binti Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta pegawai perikanan negeri