Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan ke Projek Kolam Udang Kuantan

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan ke Projek Kolam Udang Kuantan

25 November 2024

YBhg, Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melawat ke Projek Kolam Udang yang diusahakan oleh syarikat Purnama Aquaculture di Kampung Cempaka, Kuantan, Pahang.

Beliau telah diberi penerangan tentang operasi syarikat oleh En. Md. Yusery bin Md Yusoff pemilik syarikat Purnama Aquaculture Sdn Bhd.

Syarikat ini menjalankan projek kolam Udang Putih (Litopenaeus vannemei) di tanah seluas 5 ekar dan mempunyai 5 buah kolam. Syarikat ini juga menerapkan penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) dalam operasi ladang. Dengan sistem IoT, meningkatkan keberkesanan operasi ternakan ikan sangkar dari aspek penjimatan tenaga kerja dan masa bagi pengurusan makanan ikan. Melalui pembangunan mesin ini, pemberian makanan adalah secara automatik mengikut kekerapan dan kuantiti yang ditetapkan.

Turut hadir En. Abdullah bin Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pahang.