Pilih satu Halaman

Lawatan dan Program Pengembangan Sektor Perikanan di Daerah Hilir Perak

Utama » Aktiviti » Lawatan dan Program Pengembangan Sektor Perikanan di Daerah Hilir Perak

21 Disember 2023

Selama lawatan yang baru-baru ini dijalankan, YBrs Encik Mohd Ghazali Bin A Manap, Pengarah Perikanan Negeri Perak, melawat projek ternakan ikan keli di Padang Tembak yang dijalankan oleh Syarikat Keli Belian. Beliau seterusnya melawat projek pemprosesan hasilan produk perikanan diuruskan oleh Syarikat Yong Perak Food, dan terakhir ke hatcheri pembenihan udang galah yang dimiliki oleh Syarikat Pak Jabit.

Dalam lawatan ini, Tuan Pengarah memberikan idea-idea baru, cadangan, dan berkongsi pengalaman untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti pengeluaran ikan serta produk berasaskan ikan kepada pengusaha dan penternak akuakultur di Daerah Hilir Perak.

Tuan Pengarah turut meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mesra, mendengar masalah, dan mengatasi isu-isu yang dibangkitkan semasa lawatan tersebut. Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan, Puan Norul Fahiezah binti Salehhuddin, turut hadir, bersama dengan Ketua Daerah Perikanan Hilir Perak, Encik Mohd Azam Bin Jusoh, dan kakitangan dari Pejabat Perikanan Daerah Hilir Perak.

Sebelum lawatan, Tuan Pengarah mempengerusikan mesyuarat untuk menyelesaikan isu dan masalah berkaitan permohonan Jeti Nelayan Darat Kg. Batak Rabit.