Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diketuai YBrs. Prof. Madya Dr. Seri Intan Mokhtar, Dekan Fakulti Industri Asas Tani di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama serta cadangan untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Kerjasama yang bakal terjalin ini dijangka membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak, terutama dalam memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong pertumbuhan mampan sektor perikanan di Malaysia.
Melalui pemeteraian MoU ini kelak, hubungan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan UMK dijangka dapat mencipta sinergi yang lebih baik dalam menghadapi cabaran masa depan, terutamanya dalam aspek pemeliharaan sumber marin dan pembangunan teknologi perikanan.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Yeo Moi Eim, TImbalan Ketua Pengarah Perikanan Pengurusan serta dihadiri oleh En Ruzaidi Bin Mamat, Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Pn Shamila Binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.