Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat TBG Aset Biologi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat TBG Aset Biologi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

6 Januari 2025

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat Puan Zeti Azlida binti Zakaria, Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan tentang gerak kerja kajian pembangunan polisi perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan melalui Task Based Group (TBG) yang diketuai oleh Puan Hawariah binti Idris, Ketua Akauntan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Selain itu juga, tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan fokus TBG Aset Biologi iaitu Hidupan Akuatik yang memerlukan sokongan dan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk TBG Aset Biologi melaksanakan kajian berkaitan Hidupan Akuatik di Jabatan Perikanan.

Turut hadir sama En. Mohamed Rizal bin Mustafa @ Mustapha, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Puan Agnes Caroline Anak Gibea, Ketua Cawangan / Pegawai Tadbir dan Diplomatik Bahagian Khidmat Pengurusan Cawangan Kewangan Dan Perolehan, pegawai-pegawai perikanan serta Pegawai dari KPKM dan JANM.