Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Southeast AsiaFisheries Development Centre (SEAFDEC) ke Jabatan Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Setiausaha Agung Southeast AsiaFisheries Development Centre (SEAFDEC) ke Jabatan Perikanan Malaysia.

1 Mac 2024

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung SEAFDEC, Dr. Suttinee Limthammahisorn di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini bagi membincangkan halatuju kerjasama antara SEAFDEC dan juga Jabatan Perikanan Malaysia.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan meliputi aspek :-
1. Data sumber perikanan,
2. Kelestarian marin,
3. Penangkapan ikan yang tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak terkawal (Illegal, Unreported, and Unregulated (IUU) fishing),
4. Teknologi penangkapan ikan
5. Perubahan cuaca/iklim global

Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta dihadiri pegawai-pegawai perikanan dan penyelidikan perikanan.