Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia ke Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia ke Jabatan Perikanan Malaysia

3 Disember 2024

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar (CPR) dan Prof. Dato’ Dr. Tan Shau Hwai, Pengarah Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) di Wisma Tani pagi ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama serta cadangan untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kerjasama yang bakal terjalin ini dijangka membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak, terutama dalam memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong pertumbuhan mampan sektor perikanan di Malaysia. Melalui pemeteraian MoU ini kelak, hubungan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan USM dijangka dapat mencipta sinergi yang lebih baik dalam menghadapi cabaran masa depan, terutamanya dalam aspek pemeliharaan sumber marin dan pembangunan teknologi perikanan.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta dihadiri oleh YBrs. Dr. Azhar Bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, En. Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.