Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (Sedia) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (Sedia) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

6 September 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan selaku Ketua Eksekutif di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putajaya.

Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan strategik pihak SEDIA dalam mewujudkan projek akuakultur kerang di Sabah. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyambut baik hasrat SEDIA untuk membangunkan projek akuakultur kerang dalam meningkatkan pengeluaran makanan serta menyahut seruan Kerajaan ke arah keterjaminan makanan negara.

Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.