YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat Puan Noor Azariyah Mohtar, Pengarah Eksekutif TIC di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan usaha dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak jabatan dalam menjalankan usaha-usaha konservasi marin terutamanya di perairan kepulauan Mersing
Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan memandangkan ianya merupakan salah satu elemen yang amat penting bagi keterjaminan makanan negara.
Sehubungan itu, pihak Jabatan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif Jabatan Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti korporat, komuniti setempat serta individu-individu untuk terlibat dalam program dan aktiviti konservasi alam sekitar bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat agar bersama-sama memelihara alam sekitar khususnya di kawasan perairan marin.
Turut hadir sama En. Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Cawangan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS), En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Stategik, En. Rahman bin Wahab, Pengarah Perikanan Negeri Johor, En. Azlan bin Md Nor, Ketua Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti, pegawai-pegawai perikanan serta Pegawai dari TIC.