Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Eksekutif CGIAR Ke atas YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya.

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Pengarah Urusan Eksekutif CGIAR Ke atas YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya.

6 Februari 2024

Pengarah Urusan Eksekutif CGIAR, Dr Ismahane Elouafi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 6 Feruari 2024 di Wisma Tani, Putrajaya. CGIAR merupakan kumpulan Institut Penyelidikan antarabangsa yang memberikan penumpuan khusus kepada bidang penyelidikan untuk keterjaminan makanan, membasmi kemiskinan, menangani impak perubahan iklim serta mengatasi isu kemerosotan alam sekitar. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Dr Essam Yassin Mohammed, Ketua Pengarah Worldfish yang beribu pejabat di Pulau Pinang dan merupakan salah satu daripada 15 Institut Penyelidikan di bawah pentadbiran CGIAR yang memberi penumpuan terhadap penyelidikan dalam bidang perikanan dan akuakultur.

Kunjungan hormat ini mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Kementerian dan CGIAR dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan. Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar Perancangan Strategik, Dr. Mohd Shukri bin Mat Ali @ Ibrahim, Pengarah Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran serta pegawai-pegawai Perikanan Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia.