Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Marine Research Foundation dan Yayasan Sime Darby ke Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Marine Research Foundation dan Yayasan Sime Darby ke Jabatan Perikanan Malaysia

9 Disember 2024

YBhg. Dato’Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Dr Hjh Yatela Zainal Abidin Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Sime Darby dan Dr. Nicholas J Pilcher Pengasas dan Pengarah Eksekutif MRF.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan mengenai rancangan kerjasama jangka panjang antara ketiga-tiga pihak dan bertukar-tukar pandangan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan negara terjamin.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkata pihak jabatan mengalu-alukan kerjasama bersama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat swasta dalam menjaga biodiversiti marin di negara ini.

Turut Hadir En. Nazri bin Ishak Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Abdullah bi Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta pegawai-pegawai jabatan perikanan.