Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Putrajaya.

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Putrajaya.

8 April 2022

Delegasi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom yang diketuai oleh YBrs. Ts. Tuan Haji Hasmadi Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Wisma Tani, Putrajaya. Agenda utama kunjungan ini adalah untuk menerokai peluang kerjasama dalam penyelidikan dan kolaborasi strategik terutamanya di kawasan perlindungan marin.Pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom juga berhasrat untuk mempertingkatkan lagi kapasiti pengawalan dan permonitoran radiasi terutamanya di perairan Semenanjung Malaysia. Semoga kerjasama yang erat ini dapat dikekalkan secara berterusan di masa akan datang.

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan