Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ke Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ke Jabatan Perikanan Malaysia

11 Mac 2025

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg. Mej Jen Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, di Wisma Tani.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan hala tuju kerjasama strategik antara JHEV ATM dan DOF, khususnya dalam memperkasa kebolehpasaran veteran ATM dalam sektor perikanan. Antara inisiatif yang dibincangkan termasuk penawaran kursus teknikal dalam pelbagai program anjuran DOF di seluruh negara, pelaksanaan program latihan berkaitan industri perikanan bagi meningkatkan kemahiran dan keusahawanan veteran ATM, serta penyediaan peluang pekerjaan kepada veteran ATM yang berkelayakan, khususnya dalam sektor akuakultur.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), serta turut dihadiri pegawai-pegawai kanan DOF.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen DOF dalam menyokong pembangunan modal insan, sekali gus memberi nilai tambah kepada industri perikanan negara.