Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas ke Jabatan Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas ke Jabatan Perikanan Malaysia.

21 Februari 2024

21 FEBRUARI 2024 I WISMA TANI

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Puan Shariah Nelly Francis mengadakan kunjungan ke atas Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain di ibu pejabat Perikanan Malaysia(DOF), Putrajaya hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan tentang kertas Cadangan projek “Memperkasa Komuniti Untuk Pemuliharaan Dan Restorasi Rumput Laut Di Paka & Merchang, Terengganu” di antara Pihak DOF dan Yayasan Petronas.

Antara objektif projek ini adalah untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap morfologi kawasan dan taburan serta Kesihatan rumput laut di Paka dan Merchang, Terengganu, Mengenal pasti ancaman dan faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan ekosistem rumput laut di kawasan tersebut, membangunkan dan melaksanakan aktiviti pemulihan rumput laut, memupuk kesedaran dan penyertaan masyarakat dalam pemuliharaan rumput laut serta mewujudkan program pemantauan jangka Panjang untuk mengesan kejayaan usaha pemulihan dan Kesihatan dasar rumput laut.

Turut hadir, En. Nazri bin Ishak,Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Sukri bin Deris,Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Cawangan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS), En. Azlan bin Md Nor,Ketua Cawangan Konservasi Ekosistem Dan Biodiversiti, Pegawai – pegawai perikanan serta wakil dari Yayasan Petronas.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia